Pengalaman
Tahun 1998 : Mula membuat biskut di rumah bagi mengisi masa yang terluang
: Mula belajar membuat biskut dengan mengikuti kursus-kursus di kawasan-kawasan
yang terdekat.
Tahun 2004 : Setelah mendapat galakan dari suami dan keluarga, saya mula berniaga biskut kepada
kawan-kawan dan saudara mara yang terdekat.
: Selain itu, masih lagi belajar dengan menghadiri kursus-kursus masakan yang berkaitan
terutamanya yang dianjurkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti KEDA.
: Memperluaskan pasaran biskut dengan membuka gerai-gerai di ekspo-ekspo dan jualan
hari terbuka.
Tahun 2007 : Mula mengajar di Kolej Komuniti Bandar Darulaman (KKBD) sebagai pengajar
sambilan bagi kursus membuat biskut.
: Selain itu, saya juga masih mengikuti kursus-kursus yang dijalankan oleh agensi
kerajaan dan pakar masakan bagi memantapkan lagi kemahiran saya dalam bidang ini
supaya dapat memuaskan kehendak pelanggan dan mampu untuk bersaing dengan
peniaga-peniaga yang lain.
Tahun 2009 : Muncul di kaca televisyen sebagai tetamu jemputan di dalam rancangan "Sarapan Apa"
di TV2.
: Menubuhkan syarikat Rimbun Kasih Enterprise yang dapat menguruskan perniagaan
saya dengan lebih baik di dalam penghasilan makanan seperti biskut dan kek.
: Saya turun menerima tempahan biskut daripada kakitangan kerajaan dan swasta.
: Selain itu, saya juga turut membuka 2 gerai sepanjang bulan Ramadhan bagi
memudahkan saya untuk mengedarkan biskut kepada para pembeli.
Senarai Artikel
Friday, September 3, 2010
0 Komen